TUGASAN 1
Fungsi computer sebagai ‘alat’, ‘guru’, dan ‘pelajar’.
Penggunaan komputer dalam pendidikan pada masa kini bukanlah sesuatu yang baru. Komputer telah dijadikan sebagai alat, guru, dan pelajar di kebanyakan institusi pengajian. Subjek Literasi Komputer juga telah mula diperkenalkan di sekolah rendah kepada pelajar tahun, walaupun hanya sekadar mempelajari perkara asas mengenai komputer. Pada peringkat pembelajaran yang lebih tinggi, penggunaan komputer menjadi lebih khusus mengikut pengguna komputer itu sendiri, sama ada untuk digunakan sebagai alat, guru, atau pelajar.
Komputer Sebagai Alat.
Penggunaan komputer sebagai alat lebih mudah jika didefinisikan sebagai alat bantuan belajar atau mengajar. Komputer sebagai alat bantuan mengajar kebanyakannya banyak diaplikasikan oleh pengajar yang menyediakan bahan untuk mengajar menggunakan komputer. Bahan-bahan tersebut boleh terdiri daripada slideshow, artikel, video, ataupun permainan. Komputer sebagai alat belajar pula diaplikasikan oleh pelajar-pelajar yang menggunakan bahan yang disediakan menggunakan komputer, ataupun menghantar tugasan melalui perisian di dalam komputer. Pelajar boleh belajar daripada bahan-bahan seperti slideshow, artikel, video, ataupun permainan yang disediakan oleh guru, ataupun menghantar tugasan secara atas talian menggunakan komputer. Komputer sebagai alat juga boleh digunapakai dalam mencari maklumat mengenai pembelajaran menggunakan enjin pencarian yang terdapat di dalam internet.
Komputer Sebagai Guru.
Penggunaan komputer sebagai guru ialah menjadikan komputer sebagai ‘guru’ yang mengajar penggunanya melalui bahan yang terdapat dalam perisian di dalam komputer tersebut. Sebagai contoh, terdapat perisian yang telah dihasilkan bagi memudahkan seseorang individu untuk belajar tentang sesuatu perkara, belajar Bahasa Jepun contohnya. Seseorang individu tersebut tidak perlu mengikuti kelas Bahasa Jepun jika dia bergantung kepada perisian tersebut untuk belajar. Selain itu, terdapat juga pengguna Youtube yang memasukkan video cara belajar bermain alat musik contohnya, kedalam laman web tersebut. Dengan cara ini, seseorang individu juga boleh menjadikan video-video di dalam laman web tersebut sebagai ’guru’ dan tidak perlu mengukuti kelas secara formal.
Komputer Sebagai Pelajar.
Penggunaan komputer sebagai pelajar lebih banyak diaplikasikan di peringkat yang lebih tinggi dimana seseorang individu itu sendiri yang harus ‘mengajar’ atau menetapkan sendiri perkara yang sepatutnya dilakukan oleh komputer tersebut. Penghasilan alatan elektronik dan perisian-perisian dalam komputer adalah hasil daripada individu yang ‘mengajar’ komputer tersebut untuk melakukan sesuatu perkara mengikut arahan yang telah ditetapkan. Seseorang individu tersebut memerlukan kemahiran yang lebih tinggi untuk ‘mengajar’, atau lebih tepat memprogram komputer. Komputer yang telah diprogramkan dapat membantu memudahkan sesuatu pekerjaan manusia mengikut keperluan. Contoh yang lebih mudah tentang penggunaan komputer sebagai pelajar ialah dalam penghasilan perisian bantuan mengajar, di mana penetapan harus dibuat dengan teliti supaya pelajar yang belajar menggunakan perisian tersebut tidak belajar perkara yang salah.

TUGASAN 2
Learning Management System (LMS)
Learning Management System (LMS) ataupun Sistem Pengurusan Pembelajaran adalah aplikasi perisian yang digunakan untuk tujuan pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, laporan dan penghantaran teknologi pendidikan elektronik (juga dikenali sebagai e-pembelajaran) kursus pendidikan atau program latihan.
LMS boleh dibahagikan dari sistem untuk menguruskan latihan dan rekod pendidikan kepada perisian yang digunakan untuk mengedarkan kursus-kursus pembelajaran melalui Internet dengan ciri-ciri untuk kerjasama secara atas talian. Kebanyakan institusi-institusi menggunakan kemudahan LMS untuk menyampaikan kursus dalam talian dan menambah di kampus kursus. LMS juga berfungsi untuk meningkatkan pengajaran guru di dalam kelas, bukannya bertujuan menggantikan mereka.
LMS merupakan satu infrastruktur yang digunakan bertujuan untuk menyampaikan dan menguruskan kandungan pengajaran, mengenal pasti dan menilai matlamat pembelajaran atau latihan individu dan kumpulan, menjejak kemajuan ke arah mencapai matlamat sesuatu tugasan tersebut, dan mengumpul dan membentangkan data untuk menyelia proses pembelajaran organisasi secara keseluruhan.
Kebanyakan LMS adalah berasaskan laman sesawang bertujuan membantu dalam sukatan pelajaran dan tujuan pengurusan. LMS banyak digunakan dalam institusi pengajian untuk menambahbaik pengajaran kelas dan neningkatkan populasi pelajar yang mengikuti kursus tersebut.
Course Management System
Course Management System (CMS) ataupun Sistem Pengurusan Kursus adalah satu koleksi perisian menyediakan persekitaran dalam talian untuk interaksi tentu. CMS biasanya termasuk pelbagai alat dan persekitaran dalam talian, seperti kawasan yang boleh digunakan oleh fakulti atau pengajar untuk dimasukkan bahan-bahan berkaitan kelas termasuk sukatan pelajaran dan pemberian tugasan. Selain itu, CMS juga bole berfungsi sebagai kawasan kepada pelajar untuk memasukkan tugasan yang telah dibuat, juga sebagai tempat di mana fakulti boleh menilai gred dan setiap pelajar boleh melihat gred mereka. CMS juga lengkap dengan alat e-mel bersepadu yang membolehkan para pengguna untuk menghantar mesej pengumuman menggunakan e-mel kepada seluruh kelas atau set-set seluruh kelas serta sebagai kawasan perbincangan yang membolehkan komunikasi bergerak secara berterusan di kalangan para pengguna. CMS biasanya disepadukan dengan pangkalan data yang lain di universiti supaya pelajar yang mengikuti sesuatu kursus secara automatik didaftarkan di CMS sebagai peserta dalam kursus itu.
Penggunaan CMS dalam kebanyakan kursus yang mengamalkan konsep muka-ke-muka mempunyai banyak implikasi dalam reka bentuk kursus tersebut yang sering tidak disedari oleh pengajar semasa penggunaan konsep tersebut. CMS bukan sahaja mempunyai modul-modul yang berbeza, ia membenarkan seseorang individu untuk memilih modul yang sepatutnya digunakan dalam kelas.
Perbezaan LMS dan CMS
CMS adalah lebih kecil skopnya, iaitu sistem ini memberi tumpuan kepada pengurusan dan pengedaran maklumat secara e-pembelajaran dan pengajar akan mengetuai kursus tersebut. Dalam erti kata lain, fungsi utama CMS ialah sebagai tempat yang selamat untuk menyimpan dan mengumumkan latihan kepada setiap set oleh pengajar.
LMS sebaliknya pula merangkumi pengurusan kursus, tetapi lebih kukuh kerana ia sering membayangkan subset standard pembelajaran (iaitu SCORM) bagi tujuan laporan, dan barubaru ini telah mula termasuk pembelajaran yang berlaku di luar sebuah persekitaran yang. LMS boleh membantu dalam strategi pembelajaran yang berkaitan dengan meningkatkan prestasi. Sistem pengurusan kursus kurang dinamik, lebih kurang yang menawarkan pangkalan data yang selamat.

TUGASAN 3
Bagi tugasan ini, kami diminta untuk membuat satu persembahan slide menggunakan aplikasi Google Slide. Tajuk bagi tugasan ini ialah berdasarkan proforma, iaitu Pembelajaran Tentang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) dan Kemahiran Berfikir Dalam ICT (Thinking Skills and ICT). Setiap kumpulan mendapat tajuk yang berbeza seperti yang telah diberikan oleh pensyarah.
Perkara pertama dalam membuat sebarang tugasan ialah mencari maklumat. Maklumat yang dicari pula mestilah berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan. Selepas mendapat maklumat, kami telah meneliti prinsip CASPER seperti yang disarankan oleh pensyarah.
|
Kebanyakan fungsi yang terdapat dalam Google Slide ini adalah sama seperti yang terdapat dalam aplikasi Microsoft Power Point. Dengan menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam aplikasi ini, persembahan yang menarik boleh dilakukan.
Bagi persembahan slide kumpulan kami, kami banyak meletakkan gambar bagi memberi penerangan kepada isi yang kami telah masukkan. Sebagai contoh, perbezaan dua gambar di sebelah menunjukkan perbezaan golongan yang mengikuti kaedah pembelajaran ICT yang berbeza. Gambar pertama menunjukkan golongan yang mengikuti kaedah formal, iaitu pelajar sekolah, dan gambar kedua menunjukkan golongan yang mengikuti kaedah nonformal.
|
Bagi melihat persembahan yang penuh oleh kumpulan kami, fail tersebut telah dipautkan di sini.
TUGASAN 4
Tugasan 4 juga merupakan tugasan berkumpulan. Tugasan ini ialah mengadakan satu proses penyelidikan (mini research). Tujuan bagi tugasan ini ialah mendedahkan kami dengan
- asas penyelidikan dan sorotan literatur
- teknik pembentukan soalan dalam soal selidik
- penyediaan soal selidik di atas talian
- pengumpulan data
Dalam pembinaan soal selidik secara atas talian ini, jenis-jenis soalan amat ditekankan. Bagi memudahkan pengkaji bagi menyelidik soalan tersebut, adalah digalakkan untuk membina soalan yang lebih objektif ataupun jenis soalan yang tidak memerlukan penjawab soalan untuk menulis jawapan, tetapi hanya menanda di dalam senarai yang disediakan.
|
Sebelum memulakan proses penyelidikan, Tujuan Penyelidikan hendaklah dinyatakan dahulu. Selepas itu, Objektif Kajian dan senarai item untuk dimasukkan ke dalam soal selidik hendaklah dibincangkan bersama ahli kumpulan. Kami dikehendaki untuk menggunakan tajuk daripada Tugasan 3 untuk membina soal selidik ini. Kami menggunakan aplikasi Google Form yang terdapat dalam Google Drive bagi membina soal selidik secara atas talian.
Terdapat banyak fungsi-fungsi yang boleh digunakan dalam membina soal selidik ini. Soalan juga boleh dibina berbeza mengikut keperluan seperti text, paragraph text, multiple choice, checkboxes, choose from a list, scale, grid, date, dan time seperti yang tertera pada gambar di bawah.
|
Soalan-soalan di dalam soal selidik itu juga hendaklah bertepatan dengan tujuan dan objektif kajian, bukannya soalan yang bukan-bukan yang tidak membawa sebarang manfaat kepada penyelidik dan subjek. Tidak dilupakan juga, segala maklumat atau demografi subjek hendaklah dirahsiakan dari mana-mana pihak untuk mengelakkan kebocoran maklumat. Segala maklumat yang diperoleh adalah sulit dan peribadi.
Soal selidik tersebut boleh didapati di sini.
TUGASAN 5
Tugasan 5 ini adalah sambungan daripada Tugasan 4, di mana kami perlu
- analisis data
- menyediakan laporan penyelidikan berkaitan tajuk kajian
Setelah subjek-subjek menjawab soal selidik tersebut, secara automatiknya sebuah helaian hamparan Google Sheet akan disediakan khas untuk menganalisis data yang telah dijawab. Dengan hanya memilih kawasan bertanda merah seperti yang ditunjukkan di sebelah, data akan secara automatiknya akan dianalisis mengikut kefahaman komputer.
|
Dapatan daripada kajian tidak dapat dikongsikan atas sebab-sebab yang tertentu. Pensyarah boleh menilai tugasan berdasarkan Google Drive.
Penulisan laporan telah dipautkan di sini.

TUGASAN 6
Tugasan 6 ini merupakan tugasan individu yang bertajuk Penerbitan Atas Meja ataupun Desktop Publishing. Dalam tugasan ini, kami dikehendaki untuk mencipta sebuah brosur berdasarkan tajuk yang telah diberikan kepada kami dalam Tugasan 3 yang lepas.
Cara ini lebih mudah kerana telah terdapat template yang disediakan di dalam perisian ini. Brosur ini juga boleh dicipta secara manual dan ianya bukanlah satu kerja susah sebenarnya. Tetapi menggunakan template adalah lebih mudah dan memudahkan.
Pelbagai jenis brosur terdapat dalam template seperti yang ditunjukkan di sebelah. |
Dalam melakukan tugasan ini juga, kami ditekankan untuk mengaplikasikan prinsip CASPER dalam mencipta brosur di samping menggunakan ruang yang maksimum yang terdapat dalam ruang kerja membuat brosur tersebut.
Di atas merupakan brosur yang telah dihasilkan, fail brosur tersebut juga telah dipautkan di sini.
TUGASAN 7
Dalam tugasan berkumpulan ini, kami diminta untuk mencipta sebuah persembahan video berdasarkan tajuk yang telah diberikan dalam tugasan 3 yang lepas. Tugasan ini mengambil masa tiga minggu untuk diselesaikan.
Dalam pembinaan sesebuah persembahan, story board dan skrip amatlah penting. Oleh sebab yang demikian, perkara ini hendaklah didahulukan. Selepas pensyarah menerangkan panduan dalam penyediaan reka bentuk media interaktif dan prinsip persembahan, kami didedahkan dengan pelbagai perisian yang boleh membantu kami dalam membina sebuah video persembahan. Bagi tugasan ini, kami menggunakan Powtoon untuk membina persembahan video ini
|
Pembinaan persembahan video ini adalah sedikit rumit kerana perjalanan sesebuah video itu hendaklah terancang dan mengikut aturan yang ditetapkan. Tidak lupa juga perkara yang paling penting yang ditekankan dalam membina video ini, iaitu prinsip CASPER.
Dengan hamparan kosong seperti ini, pelbagai penambahan boleh dibuat. Powtoon ini juga ada menyediakan contoh-contoh yang boleh digunakan untuk membina persembahan video ini, tetapi kami lebih gemar menggunakan hamparan kosong kerana dengan cara ini kami dapat mengeluarkan segala idea dan kreativiti yang terdapat dalam diri kami.
|
Selain gambar dan tulisan, aplikasi ini juga membenarkan kami memasukkan animasi dan bunyi dalam persembahan video ini. Walaupun begitu, cara penyampaian atau perjalanan video tersebut adalah lebih penting untuk menjadikan sesebuah video itu menarik. Kami ada merancang untuk memasukkan juga rakaman audio ke dalam video ini, tetapi perkara ini lebih rumit dan kami tidak dapat menyelesaikannya dalam masa yang ditetapkan.
Hasil daripada tugasan ini, kami telah menghasilkan sebuah video persembahan yang bertajuk Pembelajaran Tentang Teknologi Maklumat dan ICT. Video tersebut telah dimuat naik ke dalam Youtube dan telah di pautkan di sini.
TUGASAN 8
Tugasan ini merupakan tugasan individu. Jika menurut proforma, kami dikehendaki untuk menggunakan perisian Microsoft Excel untuk melakukan tugasan ini, tetapi pensyarah lebih gemar mendedahkan kami dengan menggunakan aplikasi Google Sheetes yang terdapat dalam Google Drive. Walaupun begitu, hasil daripada tugasan adalah sama tidak kira sama ada menggunakan sebaliknya.
Selepas menyediakan data, tugasan seterusnya ialah mencari jumlah menggunakan formula, iaitu '=SUM()'. Penggunaan kaedah ini terbukti lebih cepat dan efisien berbanding menggunakan kaedah manual seperti menggunakan kalkulator. Setelah mendapat jumlah daripada formula tersebut, peratusan markah boleh dicari menggunakan formula '=cell name/markar penuh%' ataupun contohnya '=I3/60%'. Kemudian, formula yang perlu digunakan ialah =VLOOKUP. Sebelum menggunakan formula ini, beberapa perkara perlu disediakan seperti menamakan range untuk digunakan di dalam formula.
|
Terdapat lebih banyak fungsi yang boleh digunakan daripada Google Sheets atau Microsoft Words ini. Penerokaan tentang ilmu-ilmu yang baru ini amatlah digalakkan sebagai pengetahuan am.
Data yang digunakan telah dimuat naik di pautan di sini.