GGGE1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
  • Refleksi Saya
  • Tugasan
  • Biodata

REFLEKSI MINGGU KE-14

25/12/2015

0 Comments

 
Minggu keempat belas merupakan minggu yang terakhir bagi kelas GGGE 1155 Komputer Dalam Pendidikan ini. Kelas pada 14/12 digantikan kepada 21/12 ekoran cuti umu yang  diberikan oleh kerajaan Selangor. Walaupun begitu, hal ini tidak menjadi penghalang kepada kami untuk belajar dan mengikuti kelas ini pada minggu berikutnya kerana bagi kami, ilmu itu sangat penting.

Kelas pada minggu ini diteruskan dengan tugasan yang terakhir iaitu tugasan 8. Dalam tugasan ini, kami didedahkan dengan pengenalan kepada helaian hamparan elektronik - Excel. Tetapi menurut pensyarah, beliau lebih gemar untuk menggunakan Google Sheets berbanding dengan menggunakan Excel kerana baginya lebih mudah. Walau bagaimanapun, kedua-duanya mendatangkan hasil yang sama apabila tahu cara-cara penggunaannya yang betul.

Tugasan pada kali ini agak mudah kerana pensryarah hanya mendedahkan dengan perkara asas dalam membuat pemarkahan menggunakan formula asas seperti =VLOOKUP, =SUM, range, =COUNTIF, dan beberapa fungsi asas yang lain. Penerangan tentang tugasan ini akan dibuat di bahagian
tugasan.
Picture

Contoh data yang telah diisi.



Contoh penggunaan formula =VLOOKUP.​
Picture
0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-13

13/12/2015

0 Comments

 
Pada minggu ketiga belas kelas GGGE 1155 Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ini, kami meneruskan dengan tugasan 7 untuk membina persembahan video itu. Pensyarah membiarkan kami untuk meneruskan tugasan selepas memberikan beberapa penerangan dan peringatan dalam melakukan tugasan ini.

Kami memilih untuk menggunakan aplikasi Powtoon untuk mencipta video ini. Dalam kumpulan kami, tiada seorang pun yang pernah melakukan tugasan seperti ini. Jadi, tugasan ini merupakan perkara yang baru bagi kami. Ternyata walaupun untuk melakukan perkara yang mudah seperti ini, kami mengambil masa yang lama kerana ingin mempelajari dengan lebih lanjut segala fungsi-fungsi yang ada di dalam aplikasi ini. Walaupun begitu, tugasan ini sangat menarik kerana kami dibenarkan untuk menggunakan segala kreativiti kami dalam pembikinan video ini. Video yang telah siap telah dimuat naik ke dalam Youtube dengan tajuk Pembelajaran Tentang Teknologi Maklumat dan ICT. Link kepada video tersebut telah dipautkan di sini.
0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-12

7/12/2015

0 Comments

 
Kelas minggu kedua belas pada minggu ini berjalan seperti biasa. Seperti yang telah dibincangkan pada minggu lepas, tugasan pada minggu ini ialah mencipta persembahan video berdasarkan bahan-bahan yang telah dicari pada minggu lepas.

Pada awal kelas, pensyarah telah mendedahkan kami dengan beberapa laman web yang boleh digunakan untuk menbina persembahan video ini, antaranya
  • ​​Animaker
  • Powtoon
  • Moovly
​Selain itu, pensyarah juga ada mendedahkan kami dengan aplikasi atas talian untuk menyunting gambar, iaitu
  • Pixlr
​Menurut beliau, kami perlu sering menggunakan aplikasi ini dalam mencipta image yang sesuai dalam persembahan video kami. Sebelum ini, saya hanya tahu tentang aplikasi Photo Shop sahaja yang boleh digunakan bagi menyunting gambar. Jadi apabila tiada aplikasi yang sesuai untuk digunakan untuk menyunting gambar di dalam komputer, aplikasi ini boleh digunakan dengan adanya sambungan ke internet. 
Selepas itu, semasa kami meneroka aplikasi-aplikasi yang baru didedahkan sebentar tadi, Dr. Siti Fatimah telah menunjukkan beberapa video iklan di Youtube, antaranya video iklan promosi air minuman Evian. Menurut beliau, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi amat diperlukan dalam penciptaan video yang seperti ini. Beliau juga ada menunjukkan video 'di sebalik tabir' beberapa filem yang terkenal seperti filem Avatar dan Titanic. Ternyata sebenarnya video editting merupakan aspek yang paling penting dalam pembinaan sesebuah filem.

Tidak lupa juga, sekali lagi beliau mengingatkan kami tentang prinsip CASPER untuk digunakan dalam persembahan video kami.


Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-11

29/11/2015

0 Comments

 
Pada minggu kesebelas kelas ini, kami diberikan tugasan yang baru oleh Dr. Siti Fatimah berdasarkan proforma yang telah disediakan. Kami diminta untuk mencipta sebuah persembahan video (video presentation) berdasarkan tajuk yang telah diberikan kepada kami semasa tugasan ketiga. 

Sebelum melakukan tugasan ini, pensyarah ada mengingatkan kami tentang kursus Library Research yang telah kami ikuti beberapa minggu yang lepas. Kemudian, pensyarah meneruskan dengan penerangan tugasan kami. 

Bagi membuat persembahan video ini, langkah pertama yang ditekankan oleh pensyarah ialah panduan dalam penyediaan reka bentuk media interaktif, dari segi warna, format fail, animasi, audio, dan video. Selain itu, pensyarah juga menyuruh kami untuk mencari maklumat tentang prinsip persembahan video dari mana-mana laman web yang ada, contohnya Youtube. Sejak dari permulaan kelas lagi, pensyarah telah memberitahu bahawa beliau hanya memberikan tunjuk ajar yang asas sahaja, dan selebihnya kami perlu meneroka sendiri. Bagi saya, ini bukan satu masalah untuk meneroka ilmu-ilmu yang baharu kerana saya lebih suka akan perkara yang baru daripada kekal dengan rutin. Tidak dilupakan juga, pensyarah menyarankan kami supaya menggunakan prinsip CASPER dalam persembahan video ini.

Pada akhir tugasan pada minggu ini, pensyarah hanya meminta kami menyediakan stury board dan skrip bagi video persembahan tersebut. Hal ini kerana tugasan membuat video ini dijalankan selama tiga minggu dan minggu depan barulah kami akan bermula mencipta video ini. Akan tetapi, pensyarah sangat menggalakkan kami untuk meneroka sendiri di asrama masing-masing tentang penciptaan persembahan video ini.

0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-10

22/11/2015

0 Comments

 
Pada minggu ini, kelas ini berjalan seperti biasa selepas semua pelajar siap berada di dalam kelas. Semua pelajar kelihatan berada dalam mood yang baik setelah satu minggu bercuti pertengahan semester. Walau bagaimanapun, kelas harus berjalan seperti biasa bagi melengkapkan jam kredit untuk kursus ini. Pada minggu ini, kami telah diberikan satu tugasan baharu, tetapi masih berkaitan dengan tajuk penyelidikan yang telah diberikan kepada kami. Tugasan minggu ini bertajuk Penerbitan Atas Meja (Desktop Publishing). Tugasan ini menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati daripada tugasan ketiga pada minggu keenam, iaitu tugasan di mana kami dikehendaki membuat slide itu.
 
Bagi melengkapkan tugasan ini, kami dikehendaki membuat brosur menggunakan Microsoft Publisher dan Microsoft Words. Brosur ini hendaklah dimasukkan unsur teks, bentuk, imej, dan warna. Hasil tugasan ini telah diletakkan di bahagian tugasan.
Picture
Picture
0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-9

8/11/2015

0 Comments

 
Pada minggu ini, kelas ini berjalan seperti biasa bersama tugasan yang telah disediakan. Jika menurut kepada proforma yang telah disediakan, pada minggu ini sepatutnya kami harus menyediakan penulisan laporan berkaitan dengan tajuk penyelidikan kami. Walau bagaimanapun, tugasan ini tidak terlalu ditegaskan oleh pensyarah di dalam kelas. Hal ini mungkin kerana pensyarah agak sibuk dengan tugasan beliau yang lain kerana beliau bukan sahaja bekerja sebagai pensyarah malahan lebih daripada itu. Oleh sebab yang demikian, kami, pelajar SR2, kurang mengambil perhatian tentang tugasan yang telah ditetapkan ini. Secara jujurnya saya merasakan sedikit rasa bersalah kerana tidak mengambil inisiatif untuk melakukan sebarang kerja tanpa disuruh.

Walaupun begitu, kami tetap meneruskan kerja kami dengan tugasan minggu lepas yang belum siap sepenuhnya itu. Analisis penyelidikan telah disediakan di bahagian tugasan.  
0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-8

1/11/2015

0 Comments

 
Pada minggu kelapan kelas kursus GGGE 1155 Komputer Dalam Pendidikan ini, kami telah menyambung tugasan yang telah diberikan kepada kami pada minggu ketujuh, beserta dengan tugasan tambahan. Berdasarkan borang soal selidik yang telah kami cipta pada minggu lepas, kami diminta untuk menghantar soalan tersebut kepada rakan-rakan kami untuk dijawab berdasarkan pengetahuan mereka. Respons yang telah diberikan secara automatiknya akan direkodkan ke dalam satu lampiran baru Google Sheet di dalam Google Drive. 
Data yang telah dikumpul boleh dilihat di Google Sheet yang telah dibina. Penjelasan mengenai tugasan ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut di bahagian Tugasan.
Picture
0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-7

25/10/2015

0 Comments

 
Minggu ketujuh kelas Komputer Dalam Pendidikan berjalan seperti biasa walaupun sedikit kelewatan, seperti biasa. Pada minggu ini terdapat tugasan baru yang diberikan kepada kami, iaitu Proses Penyelidikan (mini research). Bagi melakukan tugasan ini, kami hendaklah menggunakan Google Form yang terdapat dalam Google Drive. Tajuk bagi tugasan ini masih menggunakan tajuk yang sama seperti tugasan-tugasan yang sebelum ini, iaitu Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Kemahiran Berfikir dalam ICT (Thinking Skills and ICT) bagi kumpulan kami.

Sebelum menjalankan penyelidikan, kami dikehendaki mencari maklumat mengenai tujuan penyelidikan, proses penyelidikan, dan persediaan dan pembinaan item soal selidik. Sebelum saya membuat tugasan ini, saya sangat merasakan bahawa membuat set soal selidik merupakan satu perkara yang mudah, tetapi setelah saya sendiri telah membuatnya barulah saya merasakan sukarnya untuk membuat set soal selidik yang berkualiti. Dr Siti Fatimah banyak menegur kesalahan-kesalahan yang telah kami lakukan kerana kebanyakan daripada kami tidak pernah membuat set soal selidik seperti ini. Walau bagaimanapun, kami tetap telah menghasilkan satu set soal selidik yang boleh diterima pakai walaupun tidak sempurna dan banyak kelemahan. Soalan soal selidik kami boleh didapatkan di sini.

0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-6

18/10/2015

 
Kelas Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ini berjalan seperti biasa. Pada minggu ini, pensyarah telah memberikan satu lagi tugasan berkumpulan untuk disiapkan. Tugasan pada kali ini ialah membuat persembahan slide menggunakan Google Slide yang terdapat dalam Google Drive. Tajuk bagi tugasan ini ialah berdasarkan tajuk yang telah diberikan semasa minggu keempat, iaitu Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Kemahiran Berfikir dalam ICT (Thinking Skills and ICT) bagi kumpulan kami.

Kami juga telah diminta untuk mencari maklumat mengenai prinsip CASPER bincangkan dalam kumpulan masing-masing. Dr. Fariza Binti Khalid, penyelaras bagi kursus ini telah menghantar emel kepada setiap pelajar link untuk mengetahui lebih lanjut mengenai prinsip CASPER ini. Link yang telah dihantar kepada kami adalah seperti berikut: http://ge1155ukm.weebly.com/casper-concept.html.

Menurut link tersebut, prinsip CASPER bermaksud C untuk contrast, perbandingan dari segi gambar ataupun font tulisan, A untuk alignment, susunan yang sejajar, S untuk simplicity, kuantiti yang sedikit tetapi membawa kesan yang besar, P untuk proximity, jarak antara setiap elemen yang digunakan, E untuk emphasis, penekanan terhadap aspek utama persembahan dan R untuk repitition, pengulangan tema utama persembahan.
Picture

REFLEKSI MINGGU KE-5

11/10/2015

0 Comments

 
Pada minggu ini, kelas Komputer Dalam Pendidikan berjalan seperti biasa, walaupun sedikit kelewatan oleh pelajar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada minggu ini juga, terdapat pelajar senior yang telah menyertai kelas ini. Menurut proforma yang telah disediakan, sepatutnya pada minggu ini kami akan mempelajari isu-isu berkaitan komputer dalam pendidikan. Tetapi, pengisian pada minggu ini agak sedikit kurang kerana pensyarah lebih menumpukan kepada pendaftaran pelajar-pelajar senior tersebut. Walaupun begitu, kami pelajar-pelajar yang lain meneruskan tugasan-tugasan kami seperti yang telah diarahkan. Walaupun berada di dalam makmal komputer, suasana di situ tidak pernah lengang kerana kami sering bergerak ke sana dan ke sini bagi membantu antara satu sama lain. Pada pendapat peribadi saya, saya berasakan satu kepuasan kerana semua mempunyai sifat yang suka membantu. Di sini, faktor umur bukanlah penghalang. Jika kita tidak memahami sesuatu perkara, tidak salah untuk bertanyakan kepada yang lebih berpengetahuan. Dan bagi yang berpengetahuan pula, berkongsi ilmu merupakan satu perkara yang mulia. Ilmu akan menjadi lebih bermanfaat jika dikongsi dan mempelajari sesuatu perkara bersama-sama lebih mendatangkan kebaikan daripada berseorangan.Selain itu, saya ada bertanyakan kepada pensyarah tentang adakah kami pelajar computer programming dalam kursus ini ataupun pada masa hadapan sepanjang pengajian kami dalam program sukan dan rekreasi ini. Jawapan beliau agak mengecewakan bagi saya kerana beliau menyatakan bahawa tidak ada kelas formal untuk mempelajari kursus tersebut bagi program sukan dan rekreasi. Walaupun begitu, beliau memberitahu bahawa pembelajaran ini tidak memerlukan kelas yang formal. Kemudian, beliau menunjukkan sebuah video tentang seorang remaja berumur 12 tahun yang telah mencipta sebuah aplikasi untuk pengguna Iphone dan memasukkan aplikasi tersebut ke dalam App Store. Melalui video tersebut, programming  memerlukan minat dan setiap orang mampu untuk mempelajarinya.
0 Comments
<<Previous

    Penulis

    Ahmad Mokhtar Bin Hussain,
    Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sukan Dan Rekreasi),
    Fakulti Pendidikan,
    UKM.
    ahmadmokhtarhussain@gmail.com

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.