Kelas GGGE1155 Komputer Dalam Pendidikan bermula pada minggu kedua semester 1 bagi Sesi Akademik 2015/2016. Kelas pertama ini menggabungkan perancangan kandungan kursus minggu 1 dan minggu 2 mengikut proforma yang telah disediakan. Pada permulaan kelas, pensyarah menerangkan sedikit sebanyak tentang perjalanan kursus ini serta perkara-perkara yang perlu dilengkapkan bagi membolehkan kami mendapat gred yang cemerlang dalam kursus ini. Pada pendapat saya, hal ini sangat penting kerana pelajar sering mengambil ringan tentang perkara-perkara seperti tugasan jika mereka tidak mengikuti kelas pada minggu tersebut, pelajar sukan khususnya. Oleh sebab yang demikian, aktiviti minggu kedua, menurut proforma, mengajar pelajar-pelajar menggunakan akaun mel elektronik (Gmail) bagi memudahkan pelajar untuk berurusan secara rasmi dengan pensyarah serta melakukan kerja jarak jauh bersama ahli kumpulan(Google Drive). Melalui aktiviti mencipta akaun mel elektronik Gmail ini, pelajar dapat mempelajari kaedah atau prosedur yang lebih sopan untuk berurusan secara rasmi dengan pensyarah mahupun pihak-pihak yang sewajibnya.Hal ini sangat penting bagi meyakinkan pihak yang dihubungi oleh pelajar tersebut tentang tujuan mereka dihubungi kerana emel yang dihantar dilengkapkan dengan maklumat seperti nama, program, dan alamat fakulti. Setelah selesai mendaftar dengan akaun Gmail tersebut, secara automatiknya akaun Google Drive akan dihasilkan menggunakan alamat Gmail yang sama. Penggunaan Google Drive sangat penting bagi setiap pelajar kerana bagi pelajar sukan khususnya, akan terdapat masa di mana mereka terpaksa untuk tidak mengikuti kelas atas sebab bersukan di luar kawasan kampus pada tempoh masa yang lama dan tidak dapat melakukan perbincangan kumpulan secara berdepan (face to face). Jadi dengan adanya Google Drive ini, pelajar masih boleh berhubung untuk melakukan tugasan yang telah ditugaskan tanpa sebarang alasan. Akan tetapi, pelajar tersebut haruslah mempunyai akses kepada internet untuk menggunakan kaedah ini.
|
PenulisAhmad Mokhtar Bin Hussain, |