Minggu ketujuh kelas Komputer Dalam Pendidikan berjalan seperti biasa walaupun sedikit kelewatan, seperti biasa. Pada minggu ini terdapat tugasan baru yang diberikan kepada kami, iaitu Proses Penyelidikan (mini research). Bagi melakukan tugasan ini, kami hendaklah menggunakan Google Form yang terdapat dalam Google Drive. Tajuk bagi tugasan ini masih menggunakan tajuk yang sama seperti tugasan-tugasan yang sebelum ini, iaitu Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Kemahiran Berfikir dalam ICT (Thinking Skills and ICT) bagi kumpulan kami.
Sebelum menjalankan penyelidikan, kami dikehendaki mencari maklumat mengenai tujuan penyelidikan, proses penyelidikan, dan persediaan dan pembinaan item soal selidik. Sebelum saya membuat tugasan ini, saya sangat merasakan bahawa membuat set soal selidik merupakan satu perkara yang mudah, tetapi setelah saya sendiri telah membuatnya barulah saya merasakan sukarnya untuk membuat set soal selidik yang berkualiti. Dr Siti Fatimah banyak menegur kesalahan-kesalahan yang telah kami lakukan kerana kebanyakan daripada kami tidak pernah membuat set soal selidik seperti ini. Walau bagaimanapun, kami tetap telah menghasilkan satu set soal selidik yang boleh diterima pakai walaupun tidak sempurna dan banyak kelemahan. Soalan soal selidik kami boleh didapatkan di sini.