Pada minggu ini, kelas Komputer Dalam Pendidikan berjalan seperti biasa, walaupun sedikit kelewatan oleh pelajar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada minggu ini juga, terdapat pelajar senior yang telah menyertai kelas ini. Menurut proforma yang telah disediakan, sepatutnya pada minggu ini kami akan mempelajari isu-isu berkaitan komputer dalam pendidikan. Tetapi, pengisian pada minggu ini agak sedikit kurang kerana pensyarah lebih menumpukan kepada pendaftaran pelajar-pelajar senior tersebut. Walaupun begitu, kami pelajar-pelajar yang lain meneruskan tugasan-tugasan kami seperti yang telah diarahkan. Walaupun berada di dalam makmal komputer, suasana di situ tidak pernah lengang kerana kami sering bergerak ke sana dan ke sini bagi membantu antara satu sama lain. Pada pendapat peribadi saya, saya berasakan satu kepuasan kerana semua mempunyai sifat yang suka membantu. Di sini, faktor umur bukanlah penghalang. Jika kita tidak memahami sesuatu perkara, tidak salah untuk bertanyakan kepada yang lebih berpengetahuan. Dan bagi yang berpengetahuan pula, berkongsi ilmu merupakan satu perkara yang mulia. Ilmu akan menjadi lebih bermanfaat jika dikongsi dan mempelajari sesuatu perkara bersama-sama lebih mendatangkan kebaikan daripada berseorangan.Selain itu, saya ada bertanyakan kepada pensyarah tentang adakah kami pelajar computer programming dalam kursus ini ataupun pada masa hadapan sepanjang pengajian kami dalam program sukan dan rekreasi ini. Jawapan beliau agak mengecewakan bagi saya kerana beliau menyatakan bahawa tidak ada kelas formal untuk mempelajari kursus tersebut bagi program sukan dan rekreasi. Walaupun begitu, beliau memberitahu bahawa pembelajaran ini tidak memerlukan kelas yang formal. Kemudian, beliau menunjukkan sebuah video tentang seorang remaja berumur 12 tahun yang telah mencipta sebuah aplikasi untuk pengguna Iphone dan memasukkan aplikasi tersebut ke dalam App Store. Melalui video tersebut, programming memerlukan minat dan setiap orang mampu untuk mempelajarinya.
|
PenulisAhmad Mokhtar Bin Hussain, |