Kelas Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ini dijalankan secara agak santai. Pada minggu ini juga terdapat pelajar-pelajar kemasukan kedua yang baru mengikuti kelas ini. Pada awal sesi kelas, seperti kebiasaannya, sesi perkenalan bersama pelajar-pelajar baru. Bagi meneruskan sesi kelas, pensyarah telah meminta pelajar secara sukarela untuk mengajarkan pelajaran minggu kedua kepada pelajar-pelajar baru tersebut. Setelah lama menunggu sukarelawan, akhirnya saya telah “disukarelakan” oleh rakan-rakan saya untuk mengajarkan perkara tersebut. Pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang menarik kerana saya berpeluang untuk merasai situasi sebagai “pengajar”. Walaupun pada mulanya agak kekok dan takut kerana kurang mengingati pelajaran lepas, tetapi lama kelamaan saya berasa teruja untuk bersuara berkongsi pengalaman saya pada kelas yang lepas. Saya sangat berterima kasih kepada rakan-rakan kerana memberi peluang kepada saya untuk mendapatkan pengalaman ini.
Semasa saya “mengajar”, saya dapat merasai perasaan seorang guru di mana pelajar tidak memberi perhatian terhadap apa yang telah disampaikan.Pada masa itu, saya berasa sangat kesal kerana saya pernah SENGAJA melakukan perkara tersebut terhadap guru saya suatu masa dahulu.
Setelah selesai sesi “mengajar” tersebut bersama bantuan rakan-rakan dan pensyarah saya, pensyarah meneruskan aktiviti pada minggu ketiga. Aktiviti pada minggu ini meminta pelajar untuk membina satu website menggunakan Weebly (www.weebly.com) untuk kegunaan kursus ini. Website ini akan digunakan oleh pelajar untuk melengkapkan refleksi setiap minggu (seperti yang sedang saya lakukan ini) dan sebagai tempat untuk pelajar menyerahkan tugasan secara individu ataupun berkumpulan. Membina website merupakan satu perkara yang baru bagi saya kerana saya tidak melakukannya sebelum ini. Aktiviti ini jika diambil dengan betul-betul serius, sangat menguji kreativiti dan ketekunan pelajar bagi menjadikan website mereka menarik, senang difahami , serta boleh menjadi sumber rujukan pelbagai pihak, bukan hanya sekadar “asalkan dapat markah dan tugasan semua siap sudah laa”. Tujuan aktiviti ini bukanlah hanya sekadar kegunaan kelas sahaja, tetapi ilmu yang diperoleh boleh digunakan bagi membuat website atau blog peribadi yang boleh diisi dengan info-info serta pengalaman yang menarik.