Kelas minggu kedua belas pada minggu ini berjalan seperti biasa. Seperti yang telah dibincangkan pada minggu lepas, tugasan pada minggu ini ialah mencipta persembahan video berdasarkan bahan-bahan yang telah dicari pada minggu lepas.
Pada awal kelas, pensyarah telah mendedahkan kami dengan beberapa laman web yang boleh digunakan untuk menbina persembahan video ini, antaranya Selain itu, pensyarah juga ada mendedahkan kami dengan aplikasi atas talian untuk menyunting gambar, iaituMenurut beliau, kami perlu sering menggunakan aplikasi ini dalam mencipta image yang sesuai dalam persembahan video kami. Sebelum ini, saya hanya tahu tentang aplikasi Photo Shop sahaja yang boleh digunakan bagi menyunting gambar. Jadi apabila tiada aplikasi yang sesuai untuk digunakan untuk menyunting gambar di dalam komputer, aplikasi ini boleh digunakan dengan adanya sambungan ke internet.
Selepas itu, semasa kami meneroka aplikasi-aplikasi yang baru didedahkan sebentar tadi, Dr. Siti Fatimah telah menunjukkan beberapa video iklan di Youtube, antaranya video iklan promosi air minuman Evian. Menurut beliau, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi amat diperlukan dalam penciptaan video yang seperti ini. Beliau juga ada menunjukkan video 'di sebalik tabir' beberapa filem yang terkenal seperti filem Avatar dan Titanic. Ternyata sebenarnya video editting merupakan aspek yang paling penting dalam pembinaan sesebuah filem.
Tidak lupa juga, sekali lagi beliau mengingatkan kami tentang prinsip CASPER untuk digunakan dalam persembahan video kami.