Pada minggu kesebelas kelas ini, kami diberikan tugasan yang baru oleh Dr. Siti Fatimah berdasarkan proforma yang telah disediakan. Kami diminta untuk mencipta sebuah persembahan video (video presentation) berdasarkan tajuk yang telah diberikan kepada kami semasa tugasan ketiga.
Sebelum melakukan tugasan ini, pensyarah ada mengingatkan kami tentang kursus Library Research yang telah kami ikuti beberapa minggu yang lepas. Kemudian, pensyarah meneruskan dengan penerangan tugasan kami.
Bagi membuat persembahan video ini, langkah pertama yang ditekankan oleh pensyarah ialah panduan dalam penyediaan reka bentuk media interaktif, dari segi warna, format fail, animasi, audio, dan video. Selain itu, pensyarah juga menyuruh kami untuk mencari maklumat tentang prinsip persembahan video dari mana-mana laman web yang ada, contohnya Youtube. Sejak dari permulaan kelas lagi, pensyarah telah memberitahu bahawa beliau hanya memberikan tunjuk ajar yang asas sahaja, dan selebihnya kami perlu meneroka sendiri. Bagi saya, ini bukan satu masalah untuk meneroka ilmu-ilmu yang baharu kerana saya lebih suka akan perkara yang baru daripada kekal dengan rutin. Tidak dilupakan juga, pensyarah menyarankan kami supaya menggunakan prinsip CASPER dalam persembahan video ini.
Pada akhir tugasan pada minggu ini, pensyarah hanya meminta kami menyediakan stury board dan skrip bagi video persembahan tersebut. Hal ini kerana tugasan membuat video ini dijalankan selama tiga minggu dan minggu depan barulah kami akan bermula mencipta video ini. Akan tetapi, pensyarah sangat menggalakkan kami untuk meneroka sendiri di asrama masing-masing tentang penciptaan persembahan video ini.